F Kalau Suami Tak Dapat Cuti Saya Nak Ikut Dia 'Fly' - Sakinah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kalau Suami Tak Dapat Cuti Saya Nak Ikut Dia 'Fly' - Sakinah

Kira-kira dua minggu lagi menjelang sambutan Aidilfitri, pasti ramai yang sudah merancang percutian untuk pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga dan sanak saudara.

Bagi pelakon Sharifah Sakinah, setakat ini dia dan suami belum membuat perancangan memandangkan jadual suaminya yang masih belum diketahui.

Menurutnya, jika suaminya dijadualkan bekerja dia berhasrat mengikut suaminya dan menyambul Aidilfitri di dalam kapal terbang.

"Setakat ini kaami tak ada apa-apa perancangan lagi untuk cuti raya. Saya tiada masalah kerana sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ni saya tak terima apa-apa tawaran. Cuma takut kalau-kalau suami saya kena bekerja pada hari raya kali ini.

"Tapi kalau dia tak dapat cuti, saya nak ikut dia fly lah. Beraya la saya dalam kapal terbang tu, memeriahkan suasana menghiburkan penumpang," tuturnya sambil tertawa ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Tayangan Program-program Astro sempena Aidilfitri, baru-baru ini.

Sharifah Sakinah, 27, mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha yang merupakan seorang juruterbang, pada 28 Mac 2015.

Sementara berkongsi mengenai persiapan pula, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini berkata setiap tahun dia meraikan lebaran secara sederhana dan sentiasa menginatkan dirinya agar tidak membazir.

"Saya simple saja, suami pun begitu. Kalau beraya, kami sebolehnya tidak mahu membazir. Mislanya dari segi persiapan rumah, konsep hiasan kami minimalis, tidaklah sampai semua benda nak ditukar yang baharu. Pakai saja apa yang ada. Saya lebih suka hiasan rumah dengan lukisan dinding berbanding sarat dengan perhiasan lain.

"Walaupun sedehana dan simple tapi suasana raya tu tetap meriah. Misalnya kalau beaya di sebelah keluarga saya, gelagat adik beradik dan anak buah ketika berkumpul pun sudah sukup buatkan suanana tu meria," ujarnya yang akan menyambut raya di Kuala Lumpur

Mengenai perkembangan karier, selepas raya nanti Sakinah akan kembali sibuk dengan penggambaran sebuah program Travelogue mempromosikan tempat-tempat menarik di seluruh tanah air.

"Saya akan menjalani penggambaran sebuah program travelogue berkonsepkan roadtrip, mempromosikan tempat-tempat menarik dalam Malaysia," katanya.
Powered by Blogger.