F Kaki Thanuja Tak Muat Masuk Kereta? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kaki Thanuja Tak Muat Masuk Kereta?

Pelakon dan model yang juga pernah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Dunia Malaysia 2009/2010, Thanuja Ananthan mendedahkan pengalamn lucu apabila kakinya tidak muat untuk masuk ke dalam sebuah kereta ketika menjalani penggambaran filem Temuan Takdir.

Menurut wanita yang mempunyai ketinggian 183 sentimeter ini, ada salah satu babak filem tersebut dia perlu berada di dalam sebuah kereta namun ruang kereta tersebut agak sempit.

"Banyak detik istimewa terutamanya yang sangat melucukan semasa berada dalam kereta. Kereta itu benar-benar ‘cool’ tetapi kaki saya tidak muat di dalamnya. Saya sangat banyak kali tertawa ketika melakonkan adengan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam filem arahan pengarah baharu, Dhyan Vimal itu, Thanuja melakonan watak sebagai nama dirinya sendiri, seorang peragawati dan anak seorang ahli perniagaan di mana peniagaannya telah dirompak.

Temuan Takdir Temuan Takdir berkisar tentang dua adik-beradik polis yang berdedikasi iaitu ACP Tuan Roslan dan Inspektor Shariff. Misi mereka adalah memburu ‘Mastermind’ di sebalik rompakan sebuah van sekuriti.

Penyiasatan mereka membawa ke arah terbongkar kegiatan kumpulan ‘geng’ yang terdiri daripada 3 orang iaitu Omar, Faisal dan Vikram di mana setiap daripada mereka mempunyai agenda tersembunyi yang menyebabkan rancangan mereka tergendala akibat situasi yang tidak diduga.


Pencarian pihak polis yang semakin intensif berdasarkan petunjuk membawa mereka menghampiri penyelesaian jenayah yang penuh ketamakan ini. Akhirnya, panggilan ‘Takdir’ yang tidak dapat dielak, datang menyeru jua dan setiap manusia perlu menghadapi suratannya.

Filem ini ingin mengutarakan persoalan tanggungjawab, kasih sayang dan ikatan kekeluargaan dan bukan sahaja sekadar sebuah filem romantik atau filem aksi semata-mata. Bahkan memberi penonton pengertian yang lebih mendalam terhadap kehidupan anggota polis dan pengorbanan mereka di sebalik seragam ‘besi’ mereka.

Selain Thanuja, Temuan Takdir dijayakan oleh barisan pelakon seperti Datuk Zahim Albakri, Vanida Imran, Ery Zukhairi dan Azura Zainal. Filem ini bakal ditayangkan pada 11 Ogos depan.
Powered by Blogger.