F Jurassic World versi bahasa melayu sempena hari raya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jurassic World versi bahasa melayu sempena hari raya

Meneruskan tradisi saban tahun, rangkaian saluran hiburan terulung, HBO Asia, sekali  lagi meraikan Hari Raya Aidil Fitri 2016 dengan mempersembahkan filem animasi box office hit Hollywood, ‘Jurassic World’ ke dalam Bahasa Melayu.

Filem animasi popular ini merupakan filem komedi keluarga yang menggembirakan dan ia menjadikannya pilihan terbaik untuk hiburan di rumah menjelang musim perayaan. Filem alih bahasa ini bakal disiarkan di saluran HBO (Astro 411) dan HBO HD (Astro 431) pada 6 Julai (Rabu), jam 9.00 malam.

'Jurassic World’ versi bahasa Melayu ini akan menyaksikan barisan selebriti tanah air meminjamkan suara mereka untuk alih bahasa watak-watak filem ini ke dalam Bahasa Melayu. Antara selebriti yang terlibat ialah Nora Danish (Claire), Hisyam Hamid (Owen),  Izzue Islam (Zach), Wafiy (Gray), Bront Palarae (Masrani), Fahrin Ahmad (Hoskins), Nabil Ahmad (Lowery), Faizal Ismail (Barry), Fara Fauzana (Vivian). Akhmal Nazri (Jimmy Fallon), Abby Fana (juruhebah wanita).

Filem epik penuh aksi dan pengembaraan ini yang membintangi Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard telah memecahkan rekod box office dengan hasil kutipan lebih dari USD1.6 bilion di seluruh dunia.
Powered by Blogger.