F Juliana Sambut Aidilfitri Dengan Kekasih Kerabat Johor | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Juliana Sambut Aidilfitri Dengan Kekasih Kerabat Johor




Tentunya lebih bermakna apabila dapat menyambut kehadiran Syawal bersama orang yang tersayang seperti kedua orang tua kita, pun begitu ia lebih istimewa bagi pelakon Juliana Evans, 27, kerana bakal menyambut Aidilfitri bersama kekasih hatinya iaitu kerabat dari Johor.

"Istimewa raya tahun ini mungkin dapat beraya dengan keluarga baru.  Lagipun keluarga dia dengan keluarga saya agak rapat juga, jadi tak mustahil kalau akan beraya bersama. Mereka pun ingin mengenali dan nak tahu tentang anak-anak mereka, kalau tak beraya di Kuala Lumpur mungkin di Johor.

"Rutin saya setiap kali tiba bulan puasa memang suka pergi ke bazar Ramadan sebab itulah perkara yang paling seronok bagi saya. Selain itu, bersahur dengan keluarga dan berbuka puasa bersama peminat. Inilah masanya untuk kita bertemu dan luangkan masa sebaik-baiknya," ujarnya ketika ditemui di rakaman Melodi Raya.

Sementara itu, diajukan pula soalan sejauh manakah hubungan Jue dengan kekasih barunya itu, Jue memberitahu mereka masih di fasa awal.

"Hubungan dengan kekasih masih di fasa mengenal hati budi dan kami hanya ikut rentak masing-masing. Namun dalam hubungan yang baru ini saya lebih terbuka dengan peminat untuk berkongsi tentang hubungan cinta.

"Bagi saya, dia seorang yang kelakar dan dia juga sedaya upaya untuk menambat hati saya. Walaupun kehidupan kami berbeza, tapi masing-masing belajar dan cuba untuk memahami. Ialah cara saya dibesarkan memang berbeza sekalilah dengan kehidupan mereka," jelasnya yang belum memikirkan untuk berkahwin.

Menyentuh mengenai kariernya pula, Jue kini sedang menjalani penggambaran sebagai pengacara bagi sebuah program Mahligai Cinta.
Powered by Blogger.