F Julia Ziegler Naik Pelamin Dengan Jurutera Kimia Tahun Ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Julia Ziegler Naik Pelamin Dengan Jurutera Kimia Tahun Ini

Pelakon Julia Ziegler merancang bakal menamatkan zaman bujang dalam tahun ini dengan jejaka pilihan hatinya dikenali sebagai Johan. Difahamkan pemuda berasal dari Ampang, Selangor itu merupakan seorang jurutera kimia.

Memetik laporan Insta online, Julia berkata, kedua-dua keluarga sudah pun bertemu dan kini sedang memilih tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis.

“Insya-Allah saya akan berkahwin tidak lama lagi. Semuanya masih dalam perancangan dan tarikh yang sesuai belum ditetapkan lagi. Kami merancang untuk melangsungkannya pada tahun ini atau selewatnya awal tahun depan”

“Kami jumpa buat pertama kali di sebuah restoran. Kami mula berkenalan dan sejak itu saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya. Boleh dikatakan saya jatuh cinta pandang pertama. Dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya suka”

“Dia seorang yang memahami, berbudi bahasa, penyayang, ambil berat dan tampan sebagai bonus,” katanya yang bakal muncul dalam drama Abang Sado Boleh Settle.
Powered by Blogger.