F Jom terokai 5 keunikkan masjid di selangor | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jom terokai 5 keunikkan masjid di selangor

Jom kita tatap lima keunikkan masjid-masjid yang terdapat di sekitar kawasan Selangor, siapa tahu selepas ini anda dan keluarga boleh solat Aidilfitri di sana pada minggu depan. Menarik betul ukiran dan seni bina yang terdapat pada setiap masjid ini.

1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai kubah yang terbesar di dunia serta menara tertinggi. Masjid ini berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa.


2. Masjid Diraja Klang

Masjid ini pernah dijadikan Masjid Negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dikenali sebagai Masjid Diraja Klang. Masjid ini terletak di Kampung Jawa, Klang, berdekatan dengan Bukit Istana dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

MH Online difahamkan ukiran dan reka bentuknya mempunyai pengaruh campuran seni bina Islam Moorish dan seni bina Inggeris. Ada pula yang mengatakan seni bina masjid ini berkonsepkan Art Deco kera elemen dekoratif yang minimalis digunapakai pada masjid itu.

3. Masjid Alaeddin

Dari segi reka bentuk, masjid ini mendapat pengaruh seni bina dari Kerajaan Deli Medan Sumatera Utara yang turut terpengaruh dengan seni bina Moghul. Ini jelas ditunjukkan dengan rupa bentuk kubah dan terdapat beberapa kubah serta menara pada bangunan masjid.

Untuk rekod, masjid ini dibina oleh Almarhum Sultan Sulaiman Ala'eddin Shah berhampiran istana baginda bersemayam.

4. Masjid Sultan Abdul Samad KLIA

Masjid Sultan Abdul Samad didirikan sempena pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia menjadi salah satu mercu tanda negara ini dari pintu masuk laluan udara yang dapat dilihat oleh pelancong-pelancong yang masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

5. Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Terletak di pekan Kuala Selangor dan telah dibina pada tahun 1985 serta masjid ini telah dirasmikan oleh bekas Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Masjid ini kemudiannya diberikan gelaran selepas pemerintahan yang ke 18 oleh pemerintah Selangor, Sultan Ibrahim Shah.


Powered by Blogger.