F Johnny Depp Angkut Barang Keluar Dari Rumah, Amber Lapor Polis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Johnny Depp Angkut Barang Keluar Dari Rumah, Amber Lapor Polis

'Drama' perceraian pasangan selebriti Johnny Depp dan Amber Heard kini masih terus menjadi isu hangat. Terbaharu, Depp dikatakan sudah mulai mengeluarkan barang-barang miliknya dari kediaman yang diduduki bersama isterinya itu.

Sementara Amber bertindak segera menghubungi pihak polis sebaik saja mengetahui orang-orang suruhan Johnny mula mengeluarkan barang-barang miliknya dari kediaman mereka di Los Angeles.

Tidak lama keudia, sepasukan anggota polis tiba bintang filem 'Pirates of the Caribbean' itu didakwa melanggar keputusan mahkamah bahwa dia diarahkan berada berada sejauh 100 yard (0.9144 meter) dari Amber.

Laporan TMZ menyebut, keputusan pengadilan tersebut juga termasuk mengizinkan Johnny untuk mengambil barang-barang peribadinya, seperti pakaian dan barang-barang lain yang diperlukan sebelum prosiding perbicaraan yang akan datang.

Bagaimanapun, aktor berusia 53 tahun itu dikatakan turut mengambil lukisan-lukisan di dinding dan beberapa perabot yang ada kediaman tersebut.

Namun polis bagaimanapun menyatakan bahawa Depp tidak melanggar perintah mahkamah. Ini kerana baik Depp mahupun Amber, kedua-dua mereka tidak berada di lokasi sama pada waktu tersebut.

Terdahulu laporan media menyebut, Depp kini sedang menikmati percutiannya di Bahama manakala Amber juga dipercayai tidak berada di Los Angeles.

Prosiding seterusnya kes perceraian pasangan ini dijangka akan berlangsung pada 17 Jun ini.
Powered by Blogger.