F Jimat Demi Anak, Diana Danielle Sanggup Tak Pakai Barang Berjenama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jimat Demi Anak, Diana Danielle Sanggup Tak Pakai Barang Berjenama

Aktres cantik Diana Danielle memberitahu, dia tidak kisah jika terpaksa memakai baju yang di beli di pasar malam sahaja demi ingin menyimpan wang untuk anak-anaknya.

Memetik laporan BH online, Diana berkata, sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata, memakai barang berjenama bukan lagi keutamaannya sebaliknya dia sebolehnya akan berjimat dari segi membeli belah untuk diri sendiri.

“Hari ini saya mencari rezeki untuk anak-anak. Jika dulu saya pakai barangan berjenama, tetapi kini semua itu bukan lagi keutamaan. Selepas Muhammad lahir, saya tidak lagi keluar membeli-belah untuk diri sendiri. Baju, beg dan kasut yang dibeli dulu masih boleh digunakan, tidak perlu membazir,” katanya.

Diana telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal, Farid Kamil pada penghujung 2012.

Hasil perkahwinan selama empat tahun lalu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 3 tahun dan Nur Aurora yang berusia 7 bulan.
Powered by Blogger.