Berita Terkini
recent

Jet pejuang F-16C bertembung

Dua pesawat pejuang F-16C yang sedang berlatih di Georgia bertembung, malam semalam.

Menurut laporan CNN, kedua-dua pesawat kemudian terhempas di kawasan hutan di Jefferson County.

Kedua-dua juruterbang yang sempat menyelamatkan diri menggunakan payung terjun kini sedang diperiksa di hospital Georgia sebelum dihantar ke South Carolina.

Sementara itu, pihak berkuasa melaporkan tiada sebarang kemalangan jiwa di kawasan pesawat terhempas.

Polis juga menyaran sesiapa yang terjumpa serpihan pesawat supaya menghubungi pihak berkuasa atau pasukan askar simpanan, National Guard.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.