F Jalaluddin Hassan Kecewa Dikatakan Meninggal Dunia Kali Kedua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jalaluddin Hassan Kecewa Dikatakan Meninggal Dunia Kali Kedua

Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan baru-baru ini meluahkan rasa kesal ekoran tindakan pihak tak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu mengatakan dirinya meninggal dunia.

Bukan sekali, malah beliau berdepan dengan penyebaran berita palsu tersebut sebanyak dua kali.

“Saya terganggu kerana ia melibatkan orang tersayang, rakan-rakan dan peminat. Saya sedar kita hidup hanya sementara sahaja di dunia ini. Hentikanlah perbuatan tidak bermoral ini, berita yang tidak ada jangan diada-adakan. Kasihanilah peminat-peminat saya,” katanya seperti yang dilaporkan portal Astro Awani.

Terdahulu, media melaporkan, pada awal Oktober tahun lalu, Jalaluddin telah dikatakan menemui ajal sehingga beliau sendiri terkejut melihat berita kematiannya di laman sosial.

Keadaan itu turut membuatkan beliau menerima beribu panggilan daripada keluarga dan rakan yang risau sebaik mendapat tahu mengenai berita palsu terbabit.

Justeru, beliau menganggap tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan penyebaran berita palsu ini sebagai rendah budi pekertinya.

Bagi beliau, perkara ini benar-benar mengecewakan beliau kerana ia telah menyusahkan banyak pihak terutama keluarga dan teman rapatnya sehingga emosi mereka terganggu.
Powered by Blogger.