F Izreen Azminda Dapat Tajaan 20 Pasang Baju Raya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Izreen Azminda Dapat Tajaan 20 Pasang Baju Raya


Sibuk dengan penggambaran selama dua bulan bermula Ramadan sehingga Syawal, pelakon Izreen Azminda ketika ditemui baru-baru ini, memberitahu persiapan rayanya pada tahun ini tidak perlu dirisaukan lagi kerana sudah pun mendapat tajaan daripada Mek Kembang Cotton sebanyak 20 pasang.

“Jadual dari bulan puasa ini saya sibuk sehingga lepas raya, kiranya saya memang dah susun baik-baik jadual itu, bagi saya rezeki jangan sesekali kita sia-siakan, penat memang penat tapi rezeki bila dah datang kita terima sajalah.

“Bulan puasa biasanya saya lebih gemar masak ataupun beli juadah di bazar Ramadan. Alhamdulillah buat masa ini saya sempat juga untuk berbuka bersama anak di rumah dan kalau sempat bawa berbuka di luar.

“Hari raya nanti sudah tentu akan berada di kampung, Jitra, Kedah, tetapi tidak lama sebab cuti tak sampai seminggu, begitu juga kalau ada yang bertanya tentang saya buat rumah terbuka ke tidak? Jawapan saya tidaklah. Untuk persiapan raya tahun ini paling banyak baju raya lebih dari 20 pasang daripada Mek Kembang Cotton. Pakaian lebih tak terpakai bolehlah buat pakai untuk penggambaran,” ujarnya seloroh.

Sementara itu, Izreen yang sudah lama bergelar ibu tunggal, sempat juga diusik adakah dia tidak mahu untuk bersuami semula ini jawapannya;

“Saya tak menolak cinta cuma tak ada yang nak, namun selepas ini saya akan lebih berhati-hati dari segi kewangan, maksudnya individu itu mempunyai kemampuan untuk menyara saya dan anaklah,” terangnya sambil ketawa.

Dalam perkembangan lain, Izreen akan terlibat dengan beberapa projek raya terutamanya dalam Maharaja Lawak Mega Raya, tele Raya untuk stesen-stesen TV dan drama Mamat Muka Selengeh.
Powered by Blogger.