F Isu Vaksin: Status Sinis IM Ammar Dianggap Bodoh, Memalukan Diri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isu Vaksin: Status Sinis IM Ammar Dianggap Bodoh, Memalukan Diri

Bekas peserta program realiti berkonsepkan Islamik Imam muda (IM), Imam Muda Ammar, menjelaskan status tentang vaksin yang telah dipadamkan beberapa jam selepas dimuat naik dilaman Facebook miliknya bagi mengelakkan isu tersebut terus diperbesar-besarkan.

Beliau turut menyatakan yang beliau bukan seorang anti vaksin tegar tetapi status asalnya itu bagi berkongsi pandangan sekaligus merasakan pihak yang menolak mengenai suntikan vaksin wajar dihormati pandangan mereka.

Pada 22 Jun lalu, Imam Muda Ammar telah memuat naik status memgimbas mengenai kes seorang kanak-kanak yang maut kerana dikatakan tidak mendapat suntikan vaksin. Tidak cukup dengan itu, kandungan status itu seolah-olah berbaur sinis.

Lantas status tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen sekaligus mengundang kemarahan banyak pihak yang rata-rata kurang setuju dengan pandangan pendakwah berkenaan.

Tambah hangat, status itu turut mendapat perhatian daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang meluahkan rasa kesal sekaligus menyifatkan pandangan IM Ammar sebagai tindakan yang memalukan serta bersikap tidak bertanggungjawab bagi seorang yang mengelarkan diri sebagai Imam Muda dan berpengetahuan mendalam dalam agama Islam.


Tidak kurang komen sebilangan pihak yang mengkritik serta menyifatkan status IM Ammar sebagai menunjukkan beliau seorang yang kurang cerdik, berfikiran jumud dan sangat memalukan diri sendiri.

Bagaimanapun, status bekenaan telah dipadamkan IM Ammar beberapa jam selepas ianya dimuat naik.

Sementara itu baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Melaka kerana dijangkiti virus Difteria.
Powered by Blogger.