F Isu Gambar Tak Berbaju: Nak Gelapkan Kulit, Sekadar Hobi - Fezrul Khan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isu Gambar Tak Berbaju: Nak Gelapkan Kulit, Sekadar Hobi - Fezrul Khan

Pelakon Fezrul Khan menjelaskan dia berniat untuk menunjuk-nunjuk tubuh badannya di Instagram sebaliknya perkongsian tersebut salah satu perkongsian hobi yang sihat selain menjadi pembakar semangat kepada orang ramai untuk turut sama mengamalkan gaya hidup sihat.

“Saya tidak berniat untuk menayangkan badan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Gambar tidak berbaju itu dirakamkan ketika bercuti di Pulau Mabul, Sabah. Takkan saya hendak memakai baju yang menutup badan pula?”

“Lagipun, pada masa sama, saya juga menyimpan hasrat untuk menggelapkan warna kulit supaya lebih sekata. Saya pernah memuat naik gambar tidak berbaju ketika bersenam di gimnasium.

"Saya tidak sewenang-wenangnya menayangkan badan tanpa sebab hanya kerana ingin menarik perhatian”, katanya seperti yang dilaporkan BH online.
Powered by Blogger.