F Isteri Ingatkan Pasha Jangan Sesekali 'Makan' Rasuah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isteri Ingatkan Pasha Jangan Sesekali 'Makan' Rasuah

Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diingatkan oleh isterinya iaitu Adelia Wilhelmina agar tidak sesekali menerima rasuah sepanjang menjadi wakil Wali Kota Palu.

"Iya lah, jangan terima rasuah, jangan berlebihan juga yang penting bagaimana untuk memajukan kota Palu,

"Dia sudah memutuskan berehat dari dunia muzik, ya tumpuannya harus pada kota Palu," kata Adel seperti yang dilaporkan detikhot.com

Sebagai isteri, Adel memberi sokongan penuh terhadap apa dilakukan Pasha.

Namun bekas supermodel ini mengatakan dirinya tidak pernah bosan untuk mengingatkan suami agar tidak hanyut dan leka dengan jawatan dan pangkat yang dimilikinya.

"Saya sentiasa menyokong abang Pasha dan meminta dia untuk jangan mudah alpa," tegasnya lagi

Sejak dilantik menjadi Timbalan Ketua Kota Palu di Sulawesi Tengah, Indonesia, Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Said memutuskan untuk berundur dari Ungu bagi memberi tumpuan pada dunia politik dan daerah dipimpinnya.
Powered by Blogger.