F Intan Ladyana Sorok Status Diri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Intan Ladyana Sorok Status Diri

Pengalaman yang pernah dilalui dalam hubungan cinta lalu membuatkan aktres Intan Ladyana kini enggan lagi terlalu bercerita pada umum mengenai hal peribadinya.

Menurut Intan, 34, kalau pun benar dia kini menjalinkan hubungan dengan seseorang, namun dia tidak mahu mendedahkannya selagi belum betul-betul membuat keputusan mengakhiri hubungan tersebut dengan perkahwinan.

"Saya tidak mahu lagi bercerita tentang peribadi. Jika ada apa-apa perkembangan tentang kerjaya, saya akan kongsi. Lagipun sebenarnya bagi sesiapa yang mengenali saya, saya memang seorang yang tidak suka memperbesar-besarkan gosip apatahlagi kontroversi.

"Status saya sekarang? Rahsia," tuturnya sambil tersenyum ketika ditemui pada majlis Melodi Raya, bertempat di hote Royal Chulan, baru-baru ini.

Dalam pada itu Intan memberitahu sudah hampir setahun dia berehat daripada aktif berlakon kerana memberi ruang kepada dirinya sendiri untuk berehat dan melakukan rutin yang jarang dapat dilakukan dek kerana kesibukan kerja selama ini.

Katanya, sepanjang bulan Ramadan ini, selain merebut peluang beribadah, sesekali Intan memenuhi undangan majlis berbuka puasa.

"Sudah setahun saya tak ambil apa-apa tawaran. selama tempoh itu, saya ambil peluang berehat, seimbangkan semula antara kerjaya dan kehidupan saya.

"Saya buat aktiviti-aktivi yang sudah lama saya tidak dapat buat. Saya banyak habiskan masa bersiar-siar atau pun duduk di rumah, kadang-kadang keluar tengok wayang. Tapi jika ada kerja misal sesi fotografi, saya tetap akan bekerja.

"Kalau sepanjang bulan puasa ni, jika tidak menghadiri majlis berbuka puasa, saya akan ke bazaar Ramadan dan pergi tarawih," katanya.

Selain itu Intan berhasrat mahu menceburi dunia perniagaan, namun buat masa ini dia belum memutuskan jenis perniagaan yang ingin dilakukan.

"Melihat sekarang ni ramai rakan artis berniaga, saya juga punya rancangan nak buka bisnes tapi buat masa ni saya belum tahu lagi apa yang saya mahu buat sebab saya tak mahu buat bisnes yang sama seperti orang lain," tuturnya.
Powered by Blogger.