F Ida Nerina Diherdik, Diperli Sebab Beli 'Take Away' Ketika Tak Puasa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ida Nerina Diherdik, Diperli Sebab Beli 'Take Away' Ketika Tak Puasa

Dalam kemeriahan umat Islam mengejar kelebihan sepuluh malam terakhir Ramadan, masyarakat dikejutkan dengan tindakan segelintir muslimah yang uzur dan makan di khalayak umum.

Lebih hangat apabila kecoh mengenai seorang gadis yang dikenali sebagai Mryam Lee memuat naik status menerusi laman sosial Facebook yang mendakwa kononya emosi dan hak perutnya yang sedang kelaparan telah diganggu dengan teguran dan persepsi masyarakat berikutan kelakuannya yang makan secara terbuka di hadapan khalayak pada bulan Ramadan.


Lantas status tersebut mendapat pelbagai reaksi sekaligus mengundang kemarahan banyak pihak yang rata-rata mengkritik dan menyifatkan gadis tersebut cetek akal, tidak tahu adab dan tidak tahu menghormati orang lain.

Isu tersebut turut mendapat perhatian aktres dan produser terkenal, Ida Nerina yang juga tidak setuju dengan 'perjuangan' gadis yang galak mempertahankan haknya itu.

Menerusi laman sosial Facebooknya, Ida Nerina menyatakan dia tidak mempunyai masalah langsung jika ada individu samada individu berkenaan seorang Muslim atau bukan Muslim, makan dihadapannya ketika dia berpuasa.

Namun adalah lebih baik jika individu berkenaan tidak berkelakuan sebegitu kerana baginya, tindakan makan di hadapan mereka yang berpuasa sesuatu yang memalukan. Walaupun pihak itu mempunyai sebab kukuh mengapa dia tidak boleh berpuasa.

Dalam pada itu, isu gadis terbabit juga mengingatkan Ida Nerina pada pengalaman yang pernah dilaluinya yang berlaku dalam bulan Ramadan.

Sekadar berkongsi, Ida mendedahkan beliau pernah diherdik dan diperli oleh seorang pekerja restoran makanan segera gara-gara beliau membeli makanan (take away) di restoran tersebut . Ketika itu beliau tidak boleh berpuasa. Sedangkan beliau tidak makan di hadapan khalayak pun, beliau disindir apatahlagi bagi mereka yang makan secara terang-terangan di hadapan umum.


Ida Nerina juga menyarankan kepada gadis berkenaan, adalah lebih baik jika gadis itu memilih perkara yang lain untuk 'diperjuangkan'.
Powered by Blogger.