F Ibu Aznil Nawawi meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ibu Aznil Nawawi meninggal dunia

IBU kepada pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi, Norbaiti Surur meninggal dunia awal pagi tadi.

Aznil memaklumkan perkara itu menerusi Instagramnya.

"Assalamualaikum. Dengan rasa dukacita saya ingin maklumkan bonda saya telah kembali ke Rahmatullah dalam jam 12.56 pagi tadi bersamaan 22 Ramadan 1437H.

"Harap dapat sama-sama doakan kesejahteraan ibu saya di sana. Al-Fatihah," tulisnya.

Memetik laporan portal berita tempatan, Aznil memberitahu ibunya yang berusia 90 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat sebelum solat Zohor.
Powered by Blogger.