F Hyorin Dedah Hampir Mati Lemas Ketika di Hawaii | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hyorin Dedah Hampir Mati Lemas Ketika di Hawaii

Anggota kumpulan Sistar, Hyorin, menyifatkan tragedi dia hampir mati lemas ketika menjalani penggambaran klip video muzik Loving You di Hawaii, kira-kira tiga tahun lalu merupakan satu pengalaman paling ngeri dalam hidupnya.

Kejadian mencemaskan itu dikongsikannya ketika baru-baru ini muncul dalam program episod pertama Safety First, terbitan KBS.

Mengimbas insiden ngeri tersebut, Hyori berkata meskipun sudah mengetahui ketika itu paras air dalam namun dia sangat teruja untuk mengikut temannya, Soyou dan Bora masuk ke dalam air dan tiba-tiba dia lemas. Mujur dia sempat diselamatkan oleh teman-temannya.

Sementara itu, Soyou berkata dia mengakui menolak Hyorin ke dalam air namun tidak menyangka temannya itu tiba-tiba lemas. Nasib Hyorin baik apabila Dasom sempat mencapai tangan dan menariknya keluar sebaik saja melihat keadaannya yang terkapai-kapai tanda isyarat meminta pertolongan.

"Ia adalah benar-benar ngeri. Saya fikir, saya akan mati di situ," kata Hyorin.
Powered by Blogger.