F Hubungan Dengan Aishah Belum Serius - Nazrief Nazri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hubungan Dengan Aishah Belum Serius - Nazrief Nazri

Pelakon Nazrief Nazri, 25, menyangkal dakwaan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Aishah Ilias.

Memetik sumber laporan Astro Gempak, Nazrief berkata mereka mengenali antara satu lain dan hubungan mereka sekadar rakan artis sahaja.

“Ya saya dan Aishah memang berkawan tetapi bukan ke arah yang serius. Pertama kali kami bertemu tahun lalu di Anugerah Festival Filem Malaysia dan selepas itu hanya berhubungan menerusi media sosial.

“Baru sekali keluar bersama terus tersebar foto saya sedang dukung anak buah Aisyah di internet dan ramai pula ingat kami sedang berkawan rapat,” katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaru hubungannya dengan wanita itu

Jelas Nazrief, ramai peminat terkejut dan memberi reaksi negatif apabila foto tersebut disebarkan.

“Saya tiada masalah pun bila foto saya sedang dukung baby tersebar, apa yang kurang enak ada pula orang beri komen dan tanya perkara yang bukan-bukan. Itu yang buat saya rasa tak selesa sikit,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan Aisyah walaupun jarak usia yang berbeza.

“Saya okay nak berkawan dengan wanita lebih berusia dan kalau dah jodoh saya terima sahaja. Cuma sekarang saya mahu fokus dunia lakonan dan belum bersedia untuk beri komitmen bercinta,” jelas Nazrief.
Powered by Blogger.