F Hidap penyakit tonsil Fadlan Hazim masuk wad | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hidap penyakit tonsil Fadlan Hazim masuk wad

Terbaru, menerusi tinjauan Kakigosip di akaun Instagram pelakon Fadlan Hazim ada memuat naik beberapa keping gambar dia dimasukkan ke hospital.

Selepas berjaya menghubungi tuan badan itu sendiri, aktor tampan itu memaklumkan, kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta KPJ Ampang Puteri Specialist akibat mengalami sakit tonsil dan jangkitan di tekak.

"Saya sakit tonsil dan ada jangkitan di tekak, takut merebak ke paru-paru. Oleh itu, saya diwadkan untuk menjalani rawatan sebab takut jangkitan merebak ke satu badan dan darah. Kalau dikira saya juga sudah tujuh hari berada di hospital. Jadi, saya kena ambil antibiotik dengan dos yang banyak secara konsisten.

"Sebenarnya sudah sebulan saya sakit cuma lambat berjumpa dengan doktor. Tak tahu berapa lama lagi akan berada dalam wad ini," ujar Fadlan menerusi Whatsapp.


Sementara itu di laman Instagramnya pula, Fadlan memberitahu keadaan semakin beransur pulih.

"Selamat pagi, saya dah makin sihat, pagi ni saya dah boleh berdiri dan berjalan dengan poyo nye, semuanya kerana berkat doa2 anda semua, ALHAMDULILLAH! thank u so much," coretnya.

Sama-samalah kita doakan semoga Fadlan cepat sembuh dan dapat kembali berlakon seperti sedia kala.
Powered by Blogger.