F Haziq Masih Trauma Selepas Kereta Dipandu Langgar Pokok 3 Kali | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Haziq Masih Trauma Selepas Kereta Dipandu Langgar Pokok 3 Kali

Pengalaman kemalangan yang dialaminya di Putrajaya seminggu lalu membuatkan penyampai radio Hot.Fm, Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 26, masih trauma sehingga kini.

Memetik laporan BH online, Haziq berkata, kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok sebanyak tiga kali. Ketika kejadian, tunangnya, Ayunda Putri turut ada bersamanya.

"Sejurus selepas kereta berhenti berpusing dan melanggar pokok sebanyak tiga kali, saya terus melihat Putri dan bertanyakan keadaannya. Walau menggigil, paling penting adalah keselamatan insan yang saya sayang. Syukur dia tidak mengalami sebarang kecederaan biarpun tampak terkejut.

"Kesan daripada kemalangan itu juga membuatkan saya masih trauma walaupun ia berlaku minggu lalu. Namun pada masa sama saya supaya lebih berhati-hati. Jika dulu, saya memandang lewa apabila orang bercerita mengenai darah manis, kini saya sendiri mengalaminya.

Haziq bakal melangsungkan dengan gadis pilihannya yang berasal dari Medan, Indonesia itu pada 15 Julai ini.

Majlis pernikahan akan diadakan di Kuala Lumpur manakala majlis resepsi keesokan harinya di lokasi sama.
Powered by Blogger.