F Hati Marsha Tersentuh Pertama Kali Rasai Suasana Bersolat Tarawih | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hati Marsha Tersentuh Pertama Kali Rasai Suasana Bersolat Tarawih

Pelakon dan pennyanyi Marsha Milan Londoh tersentuh hati dan seronok apabila dapat menunaikan solat sunat tarawih buat pertama kali dalam hidupnya.

Menurut Marsha, meskipun sebelum ini dia sudah biasa berpuasa namun kali ini berbeza kerana selain mendapat pahala dia juga berpeluang menunaikan solat berjemaah tarawih di masjid.

"Allhamdullilah, saya tidak mengalami kesukaran kerana saya sudah biasa berpuasa sebelum ini. Cuma kali ini pertama kali saya berpuasa sebagai seorang muslim sekaligus dapat pahala.

"Seperkara lagi yang saya seronok apabila dapat pergi ke masjid bersama suami dan bersolat tarawih. Suasana dan momen bersolat terawih buat hati saya tersentuh. Ini pertama kali saya solat terawih. Ada juga beberapa perkara lain yang buat hati saya tersentuh," katanya berkongsi mengenai sambutan Ramadannya kali ini ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya, bertempat di hotel Royal Chulan, Damansara.

Marsha selamat mendirikan rumah tangga dengan kepada ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, pada 31 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu berkongsi mengenai rutin berbuka dan bersahur pula, Marsha berkata dia dan suaminya masing-masing berjanji mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan belajar mengelakkan pembaziran terutama apabila membeli juadah untuk berbuka.

"Selepas kahwin ni, agaknya kami terlalu bahagia sampai tergemuk (gelak). Jadi saya dan suami kami sudah berjanji kononnya dan amalkan makan makanan yang sihat-sihat saja. Macam Ramadan pertama lalu, kami berbuka steamboat. Kami kurangkan pengambilan nasi sebaliknya makan sup-sup.

"Kalau sahur pula, awal-awal saya sudah siapkan makanan, apabila bangun tinggal panaskan semula saja. Kalau membeli di bazaar pun, kami berpada-pada tak mahu membazir.

"Selalunya suami lah yang kejutkan saya sahur sebab dia selalu tidur lambat, dah nak dekat-dekat waktu bersahur," tuturnya.

Mengenai perkembangan karier pula, Marsha berkata sejak bergelar isteri dia sudah mula mengurangkan aktiviti lakonannya. Walaupun tidak mendapat halangan daripada suami untuknya meneruskan lakonan, namun buat masa ini dia sendiri memilih memperlahankan kariernya itu kerana mahu memberi tumpuan menguruskan perihal rumah tangga.

"Tawaran berlakon memang saya hadkan sebab almaklumlah saya baru berkahwin, masih dalam proses belajar menguruskan rumah tangga. Saya bersyukur dapat suami yang begitu memahami dan dia tidak menghalang saya untuk bekerja. Cuma dia berpesan, supaya saya menjaga nama dan rumah tangga kami," katanya.

Perkembangan lain, Marsha kini sibuk mempromosikan single terbaharunya, Sudah Ku Temui. Selain itu selepas raya Aidilfitri nanti dia bakal mengacarakan program berkonsep komedi, Sukan Tak Sentral.

Baru-baru ini dia dilantik sebagai duta produk kesihatan dan perlansingan badan, Beuxlim. Marsha juga sedang menantikan tayangan filem lakonanya berjudul Tujuh yang dijangka bakal menemui penontpn di pawagam pada Oktober depan.
Powered by Blogger.