F Hajat Pak Nil tak sampai nak sambut hari lahir mak ke 90 raya pertama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hajat Pak Nil tak sampai nak sambut hari lahir mak ke 90 raya pertama

Baru-baru ini industri dikejutkan dengan berita sedih, bonda tercinta kepada pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil), Norbaiti Surur telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 27 Jun 2016, jam 12.56 pagi.

Menurut Pak Nil yang ditemui Kakigosip pagi tadi berkata, meskipun kehilangan insan tercinta hidup mesti diteruskan dan berpuas hati kerana dapat memenuhi segala permintaan bondanya sebelum ini.

"Sebenarnya saya merancang untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran mak yang ke 90 tahun pada hari raya pertama, namun tidak kesampaian. Pun begitu, saya bersyukur kerana mak dijemput menemui Ilahi sembilan hari terakhir Ramadan, mak antara insan terpilih.

"Pada masa yang sama saya juga tidak terlalu bersedih dengan pemergian mak tercinta kerana setiap permintaan mak saya kotakan. Contohnya, ingin melihat saya berjaya dalam karier sehinggalah mempunyai anak," jelas Pak Nil tabah berkongsi cerita.

Menyentuh mengenai karier Pak Nil di bulan Ramadan ini, pengacara itu menjelaskan, jadual kerja agak padat, tambah pula sedikit diuji dengan pemergian bondanya.

"Tidak ada rehat, jadual memang padat dan dah lama rancang, seperti biasa apabila musim Ramadan memang akan terlibat dengan beberapa rakaman program Aidilfitri. Pada masa yang sama menguruskan jenazah dan majlis kenduri untuk mak.

"Meskipun tahun ini agak kosong kerana ketiadaan mak, hidup mesti diteruskan dan mak pastinya tidak mahu melihat anak-anaknya bersedih dan menangguh kerja yang perlu dilunaskan. Tetapi Allah telah hadirkan saya dengan 130 anak-anak fitrah, jadi dapatlah menceriakan Aidilfitri saya," ujarnya sambil tersenyum.


Berkongsi tentang karier di bulan puasa, Aznil yang ditemui Kakigosip pagi tadi semasa dalam program membeli belah bersama anak-anak fitrah dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang diadakan bertempat di Tesco Extra Mutiara Damansara, turut berkata, tujuan mengadakan program ini untuk memberikan peluang anak-anak fitrah merasai nikmat berhari raya.

"Sudah lama merancang untuk mengadakan program seperti ini, di mana kita dapat membantu anak-anak fitrah. Tidak mahu melihat mereka dalam kesedihan, jadi saya berfikir kenapa tidak saya buat untuk bantu mereka, tambah pula dapat pahala bila dapat menjalankan kerja seumpama ini," tambah Paknil lagi.
Powered by Blogger.