F Haiza Gesa Agensi Pelancongan Pulangkan Semula Wang Peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Haiza Gesa Agensi Pelancongan Pulangkan Semula Wang Peminat

Impian beberapa peminat Haiza yang ingin bercuti dengan penyanyi dan penyampai radio itu tidak kesampaian apabila agensi perlancongan yang menguruskan percutian tersebut tiba-tiba membatalkan percutian berkenaan.

Memetik laporan mStar online, Haiza berkata, agensi tersebut berjanji untuk memulangkan semula wang pendahuluan yang sudah mereka ambil iaitu hampir RM2,000 namun sehingg kini tiada sebarang perkembangan mengenai perkara tersebut.

Dia juga menggesa agensi tersebut bertanggungjawab terhadap pelanggan setelah membatalkan percutian berkenaan.

"Saya menerima aduan daripada beberapa peminat yang sudah membuat pembayaran untuk mengikut saya bercuti di Lombok atas hadiah kemenangan saya pada tempat keenam pada Gegar Vaganza musim 2 lalu.

"Mereka buat bayaran pada Januari lalu dan pada bulan Mac lepas agensi itu sudah membatalkan percutian berkenaan dan berjanji untuk memulangkan semula wang pendahuluan yang sudah mereka ambil iaitu hampir RM2,000," ujarnya.

Haiza memenangi hadiah pakej bercuti di Lombok, Indonesia tajaan Mycentrio Holidays setelah menududuki tempat keenam pada program realiti Gegar Vaganza 2 yang berlangsung pada Disember 2015.

Dalam pada itu, Haiza menjelaskan kesulitan berkenaan bermula apabila dia meminta agar tarikh percutian yang ditetapkan pada Mei ditunda pada satu tarikh lain.

"Sepatutnya saya pergi pada Mei lalu, namun saya agensi pelancongan terbabit menunda pada bulan lain kerana ada kekangan kerja. Pada awalnya mereka kata boleh kerana belum membuat sebarang tempahan.

"Namun sehingga sekarang tiada khabar tentang perkara itu, sebab itu saya minta mereka pulangkan sahaja semua wang deposit yang sudah peminat saya bayar," ujarnya.

Tambah penyanyi itu, dia sudah menghubungi pihak agensi terbabit, namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.
Powered by Blogger.