F Hafiz Hamidun Lebih Peka Jaga Kesihatan Diri Selepas Rasai Nazak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hafiz Hamidun Lebih Peka Jaga Kesihatan Diri Selepas Rasai Nazak

Penyanyi Hafiz Hamidun menyifatkan musibah yang menimpa dirinya baru-baru ini hingga dimasukkan ke hospital ekoran mengalami jangkitan paru-paru sebagai satu hikmah sekaligus menyedarkan dirinya supaya lebih peka akan kesihatan diri walau sesibuk mana pun dia dengan urusan kerja.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 32, ketika ditemui berkata selama ini dia memang tidak mengabaikan kesihatan diri sebaliknya akan segera mendapatkan rawatan jika setiap kali dia berasa kurang sihat.

Namun mungkin dek kerana jadual kerja yang padat sejak beberapa bulan lalu menyebabkan dia tidak mendapat rehat secukupnya.

Tambahan dia kerapa keluar negara dan melalui perjalanan yang jauh melebih 20 jam membuatkan dia letih di samping terpaksa melalui cuaca yang berbeza-beza dan berkemungkinan lebih terdedah dan mudah dijangkiti bakteria.

"Alhamdullilah, saya semakin baik sejak keluar dari hospital beberapa hari lalu. Saya bersyukur kerana saya cepat bertindak mendapatkan rawatan. Sekarang saya masih makan antibiotik dan akan menjalani rawatan susulan kira-kira dua minggu lagi.

"Saya rasa orang lain pun sibuk juga bekerja cuma mungkin dek kerana jadual kerja yang padat, sampaikan saya tidak cukup rehat. Apabila dah sakit ni, ada lah hikmahnya, saya di suruh berehat.

"Beberapa bulan lepas saya kerap ke luar negara atas urusan kerja dan ketika itu memang saya berasa kurang sihat namun saya masih lagi mampu bekerja. Sebelum ke Indonesia, saya ke Afrika Selatan dengan perjalanan selama 26 jam dan ketika itu negara tersebut sedang mengalami musim sejuk.

"Saya difahamkan oleh sebab musim sejuk di sana hanya sebulan, jadi masyarakat di sana tidak menggunakan alat pemanas ketika waktu malam kerana mereka suka cuaca sejuk. Jadi bayangkan, selama lima hari di sana cuaca sangat sejuk terutama ketika waktu malam mencecah hingga 5 darjah celcius.

"Sekembali dari Afrika, saya ke Indonesia pula dan di sana saya mengalami demam dan demam saya semakin teruk sehingga pulang ke Kuala Lumpur. Mungkin sebab dalam tempoh itu saya sudah ada beberapa simpton kurang sihat jadi bakteria dalam badan saya lebih mudah dan cepat merebak. Sekarang ini saya lebih berjaga-jaga dan peka tentang kesihatan diri saya," katanya berkongsi mengenai perkembangan dirinya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Sony Music & Celcom bertempat di hotel Park Royal, pada Khamis.

Pada 1 Jun lalu, Hafiz dimasukkan ke sebuah pusat rawatan pakar yang terletak di Damansara. Dia ditahan di wad selama 12 hari.

Dalam pada itu, berkongsi pengalaman selama menjalani rawatan, dedah Hafiz, pada malam dia dimasukkan ke hospital dia mengalami saat mencemaskan apabila tiba-tiba sukar bernafas. Mujur dia cepat mendapatkan bantuan daripada jururawat.

"Pada malam tersebut, tiba-tiba saya rasa susah nak bernafas, rasa macam nazak. Sampaikan saya nak tekan alarm untuk minta bantuan pun saya terkapai-kapai. Ketika itu memang saya panik. Tetapi mujur jururawat datang membantu dan meminta saya supaya lebih bertenang," ceritanya.

Tidak hanya itu, Hafiz juga melalu saat mengerikan apabila doktor menebuk bahagian belakangnya dan memasukkan tiub bagi mengeluarkan air yang berlebih di dalam paru-parunya.

"Doktor tebuk bahagian belakang saya dan ketika itu saya hanya dibius dan berasa dalam keadaan sedar. Saya boleh rasa seperti ada satu benda setebal batang pen yang dicucuk masuk ke dalam tulang saya saat doktor menebuk belakang saya. Tambah membuatkan saya cemas apabila doktor tiba-tiba beritahu saya yang beliau tersalah tebuk untuk kali pertama dan kedua. Kali ketiga baru doktor beritahu beliau akhirnya berjaya menebuk di tempat yang sepatutnya.

"Doktor berjaya keluarkan sebanyak 1.5 liter air dan sekarang dalam paru-paru saya masih ada kira-kira 600 milliliter lagi air. Selama lima hari saya tidak selesa kerana terpaksa tidur dalam keadaan tiub masih terpasang di bahagian belakang saya," ceritanya.

Sementara itu mengenai perkembangan karier, Hafiz berkata, memandang dia jatuh sakit, justeru sepanjang puasa ini dia tidak sempat untuk muncul dengan single baharu sempena Ramadan.

"Sebelum bulan puasa, saya ada releasekan single berjudul Marhaban," tuturnya ringkas.
Powered by Blogger.