F Hafidz Roshdi & Fattah kongsi momen jom masjid | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hafidz Roshdi & Fattah kongsi momen jom masjid

Umum mengetahui pelakon popular Fattah Amin jadual di bulan puasa ini agak padat dengan penggambaran filem sulungnya, namun pada masa yang sama selaku duta #syukurselalu, memberitahu, Ramadan pada tahun ini agak berlainan dengan adanya program baru seperti Jom Masjid selepas Bazar Syukur Selalu.

“Alhamdulillah kami sebagai duta #syukurselalu sebenarnya rasa bersyukur sangat kerana dapat terlibat dengan program yang disediakan oleh pihak Media Prima. Bagi saya memang sangat elok lebih-lebih lagi diadakan pada bulan mulia, Ramadan, secara tak langsung dapat juga pahala.

“Selain itu dapat juga bertemu sambil mengagihkan bubur lambuk dengan penduduk kampung dan peminat yang berada di lokasi  program itu diadakan. Tambah pula, dapat mengimarahkan masjid dengan adanya beberapa pengisian rohani seperti tazkirah Al-Kuliyyah dan solat berjemaah serta tarawih bersama-sama penduduk di sana,” ujar Fattah ketika ditemui di Masjid Cina, Melaka.

Terdahulu lokasi pertama program Jom Masjid diadakan bertempat di Masjid Kuala Kangsar, Perak. Kemudian program itu berakhir di Masjid Cina, Melaka.

Sementara itu, pelakon muda Hafidz Roshdi pula lebih teruja apabila berpeluang dapat beramah-mesra dengan pelajar-pelajar tahfiz daripada Sekolah Menengah IMTIAZ Ulul Albab, Melaka.

“Pengalaman saya pula, seronok dan sangat teruja apabila dapat bertemu dengan pelajar-pelajar tahfiz sebab dapat mengenali mereka dengan lebih dekat, teringin nak tahu macam mana kehidupan mereka di sekolah pondok. Selain itu, seronok dapat berjumpa dengan peminat yang ada di sana sambil mengagihkan bubur lambuk dan solat tarawih bersama.

“Saya berharap agar Media Prima dapat meneruskan lagi program seperti ini kerana ia sangat bagus. Jika diberikan peluang untuk turut serta sebagai duta pada tahun depan lagi saya berbesar hati untuk menerimanya,” terang Hafidz teruja.

Antara duta syukur selalu yang turut sama-sama menjayakan program Jom Masjid ialah Fasha Sandha, Janna Nick, Uqasha Senrose, Amar Ashraf, Raja Afiq (DFKL 2014). Manakala selebriti jemputan antaranya seperti Anis Al-Idrus dan Sabhi Saddi.
Powered by Blogger.