F Hafidz Roshdi balik raya kampung isteri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hafidz Roshdi balik raya kampung isteri

Oleh kerana sudah tiga tahun tidak pulang beraya di kampung, pelakon Hafidz Roshdi memberitahu Aidilfitri tahun ini dia akan beraya di kampung isterinya di Perlis.

Bekas finalis Hero Remaja 2011/2012 ini berkata, raya tahun ini akan lebih bermakna dalam hidupnya kerana raya tahun sudah dia hanya menyambut secara solo selain bersama dengan ahli keluarganya.

“Biasanya sambut Aidilfitri di Kuala Lumpur saja. Jadi, bila dah berumah tangga dan ada isteri ini, saya akan balik beraya di kampungnya. Rasa seronok pun ada sebab perjalanan jauh dan boleh nampak tumbuhan hijau.

“Selain balik kampung, tahun ini jugalah kali pertama saya kumpul duit untuk berikan pula duit raya kepada anak-anak buah saya dan adik-adik,” ujar Hafidz yang merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik.

Menyentuh mengenai rumah tangga yang sudah hampir dua bulan itu, Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz Roshdi, 22, memberitahu kepada MH Online kehidupannya kini sudah berbeza sebab sudah ada tanggungjawab baru dan pemikiran lebih matang.

“Berbanding masa zaman solo, tanggungjawab lebih kepada menjaga adik-adik dan adakalanya fikir tentang diri sendiri saja. Namun bila sudah berumah tangga, saya sudah ada tanggungjawab sebagai seorang suami kepada isteri, malah, segala keputusan mesti dibuat bersama. Kita kena berfikir secara dewasa, kena tahu setiap perkara atas keputusan yang kita buat mesti akan mendatang kesan sama ada baik ataupun buruk,” terangnya ramah.

Dalam perkembangan lain, Hafidz kini giat menjalani latihan teater Lela Manja yang akan ditayangkan bertempat di Panggung Seri Istana Budaya selepas minggu kedua raya depan. Teater Lela Manja bakal mempertaruhkan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Nabila Huda, Aeril Zafrel, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi. Lela Manja diarahkan oleh Ramli Lani dan dibantu Khairulnazwan Rodzy serta skrip oleh Hairul Anuar Harun.
Powered by Blogger.