F Hafal Bahasa Mandarin Demi Peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hafal Bahasa Mandarin Demi Peminat

Bintang terkenal Korea, Lee Min Ho, 29, mengakui meskipun pada mulanya dia mengalami kesukaran bertutur dalam bahasa Mandarin namun dia akhirnya dapat menyesuaikan diri dan dapat menjalani penggambaran filem terbaharunya, Bounty Hunters, dengan lancar.

"Pada mulanya saya bimbang mengenai persekitaran dan bahasa, tetapi selepas penggambaran bermula, saya mula dapat menyesuaikan diri.

"Berkomunikasi dengan pelakon lain, tidak banyak berbeza seperti mana di Korea, jadi ia tidak sukar," katanya tatkala berkongsi mengenai pengalamannya menjalani filem terbitan kerjasama produksi China-Korea itu.

Walau bagaimanapun, Min Ho melahirkan kekecewaan mengenai pertuturanya dalam bahasa Mandarin.

"Saya mahu berkomunikasi dengan peminat saya, jadi saya cuba menghafal beberapa baris tetapi ia begitu sukar. Jadi sekarang saya hanya menggunakan bahasa Korea," katanya.

Selain Min Ho, filem Bounty Hunters diterajui bintang terkenal Hongkong, Wallace Chung dan aktres Tiffany Tang.

Filem tersebut bakal menjengah pawagam di Malaysia mulai 14 Julai 2016.
Powered by Blogger.