F Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar tadi.

Guan Eng dibawa sepasukan anggota penguatkuasa SPRM ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki kereta milik kerajaan negeri.

Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika Sidang Dewan Rakyat April lalu.

Selain itu, difahamkan penahanan Guan Eng itu berkemungkinan berkait dengan isu banglo terbabit.

Bagaimanapun, dalam usaha menahan Ahli Parlimen Bagan itu, pihak SPRM telah mengambil tindakan dan bekerjasama dengan pasukan polis yang turut kelihatan di sekitar pekarangan Komtar.

Kehadiran anggota polis itu difahamkan bagi menjaga ketenteraman dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Powered by Blogger.