F Glenn Fredly Pertahan Bekas Kekasih | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Glenn Fredly Pertahan Bekas Kekasih

Selepas beberapa lama berdiam, penyanyi Glenn Fredly akhirnya baru-baru ini membuka mulut bahawa punca perpisahannya dengan Aura Kasih bukan disebabkan terpengaruh dengan khabar angin yang mendakwa bekas kekasihnya itu curang.

"Hubungan kami matang. Bukan seperti cinta monyet yang meminta perhatian pasangan sepanjang masa.

"Cuma pada satu ketika, aku mendapati ada beberapa perkara yang kami tidak bersefahaman. Sudah beberapa kali mencuba untuk memperbaiki perkara itu namun gagal,” jelasnya seperti yang dilaporkan Utusan.

Mengenai desas desus kononnya Glenn mempunyai hubungan istimewa dengan Nikita Mirzani sewaktu menjadi kekasih Aura, penyanyi yang popular dengan lagu Januari itu menafikan perkara tersebut.

Mengakui pelakon kontroversi itu adalah rakan lamanya, Glenn juga terlibat sebagai tenaga produksi dalam menghasilkan lagu runut bunyi untuk sebuah filem yang turut dibintangi Nikita.

Glenn menegaskan bahawa dia tidak akan lagi melayan cerita tidak berasas membabitkan kisah cintanya. Ini kerana kata Glenn, dia tidak mahu memperbesar-besarkan perkara remeh yang tidak memberi manfaat.

"Aku berdiam diri sebab ‘letih’ mahu melayan gosip-gosip sebegini,” katanya.

Perkembangan lain, Glen baru saja melancarkan album berunsur ketuhanan berjudul Hidayah baru-baru ini.
Powered by Blogger.