F Gelabah Dikejar Gajah Sampai Terkencing Dalam Seluar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gelabah Dikejar Gajah Sampai Terkencing Dalam Seluar

Bintang terkenal, Arnold Schwarzenegger berdepan detik mencemaskan apabila seekor gajah liar cuba merempuh kenderaan yang dinaikinya semasa melawat sebuah taman safari di Cape Town.

Menurut laporan DailyMail.co.uk, dalam kejadian baru-baru ini, bekas Gabenor California itu berada di bahagian tempat duduk belakang apabila gajah tersebut ‘melibas’ telinganya ke arah kenderaan berkenaan.

Ekoran ancaman itu, pemandu pelancong bertindak mematikan enjin kenderaan supaya tidak menakutkan gajah tersebut.

Gajah berkenaan kemudiannya berundur dan berjalan ma­suk semula ke kawasan hutan.

Video ancaman gajah liar yang dimuat naik oleh Schwarzenegger di laman sosial Instagram peribadinya itu ditonton lebih 300,000 orang dengan kapsyen mengatakan kejadian yang menimpa dirinya itu amat menakutkan.

“Saya sememangnya tertarik dengan haiwan yang sebegini cantik dan kuat, walaupun ada antara kami terpaksa menukar seluar selepas itu (terkencing dalam seluar),” katanya berseloroh.

Malah, bintang utama trilogi The Terminator itu turut mengingatkan masyarakat agar tidak membunuh haiwan liar seperti gajah untuk mendapatkan keuntungan peribadi.

“Adakah anda suka berdepan pengalaman menarik seperti ini (dikejar gajah) atau membunuhnya? Fikirkan,” katanya.

Schwarzenegger berada di Afrika Selatan bagi mempromosikan Arnold Sports South Africa, sebuah festival sukan terbesar yang berlangsung di Johannesburg


Powered by Blogger.