Berita Terkini
recent

Gambar Tersebar, Awie Mengaku Sudah Bertunang

Penyanyi rock Awie mengesahkan telah melangsungkan pertunangan dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana pada 3 Jun lalu.

Berita pertunangan Awie dengan wanita yang dipanggil Lady itu terbongkar selepas sekeping gambar menyaksikan dua orang anaknya, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha bersama Lady tersebar di internet.

“Ya, memang saya telah bertunang dan semua fakta yang dinyatakan sebelum ini benar,” katanya.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman bagaimanapun mengaku tidak berhasrat mengumumkan pertunangannya kepada umum kerana menyifatkan perkara itu sebagai peribadi dalam kalangan keluarganya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.