F Fauziah Latif Tangguh Lagi Perkahwinan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fauziah Latif Tangguh Lagi Perkahwinan

Sebelum ini penyanyi jelita Fauziah Latiff, 45, pernah memberitahu media bahawa dia akan melangsungkan perkahwinannya selepas beberapa kali tertangguh.

Bagaimanapun tarikh perkahwinan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini terus menjadi tanda tanya.

Terbaharu, Fauziah berkata tarikh perkahwinan belum ditetapkan kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

“Memang kami sepatutnya berkahwin, namun apa daya kerana belum menemui masa sesuai,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Bagaimanapun, penyanyi yang mesra disapa Jee ini enggan bercerita lanjut mengenai perkara itu termasuk lelaki yang berjaya menambat hatinya selepas bercerai dengan Johan Indot kira-kira sembilan tahun lalu.

“Saya tidak mahu terburu-buru dan kami masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Fauziah pernah dua kali mendirikan rumah tangga namun menemui kegagalan.

Perkahwinan pertamanya dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail berlangsung pada 1992, namun mereka berpisah selepas tiga tahun.

Lima tahun kemudian, Fauziah kembali mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Johan Indot, di London.

Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Jeffri Joaquim, 18, dan Jeremy Jay, 16.

Perkembangan lain, Fauziah kini tampil dengan single terbarunya berjudul Takdir Cinta selepas enam tahun tidak mengeluarkan lagu baru.
Powered by Blogger.