F Fattah Amin diet sebulan ramadan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fattah Amin diet sebulan ramadan

Pelakon, Fattah Amin mengakui bulan puasa ini jadualnya agak padat dengan penggambaran drama dan filem, namun kesibukkan itu tidak sesekali menjadi keluhan buat dirinya dan menganggap itu sebagai perkara yang positif.

“Ramadan tahun inilah saya paling sibuk di lokasi penggambaran sama ada drama dan filem. Mujur kedua-duanya di bawah satu label produksi SKOP PRODUCTIONS.

"Sekarang ini pun saya sedang menjalani penggambaran filem pertama saya iaitu KL Special Force, manakala untuk drama Gerak Khas saya diberi rehat selama dua bulan untuk meneruskan dengan komitmen filem.

“Bila ada cuti pun saya hanya akan berehat di rumah sebab penat selepas menjalani penggambaran, tapi cuti pun sehari dua macam itu saja kemudian masuk set semula.

"Saya anggap ini rezeki dan tak akan mensia-siakan bila Allah dah berikan peluang.  Penat dalam puasa itu memang salah satu cabaran dan dugaan tetapi inilah pengorbanan saya dalam mencari rezeki.

“Alhamdulillah keluarga pun memang dah biasa dan faham dengan kesibukkan saya sebagai seorang pelakon, jadi mereka tak kata apa sangat sebab memang sudah tugas dan mencari rezeki,” tambahnya lagi.

Berkongsi mengenai rutin Ramadan pula, Fattah berkata, kebiasaannya pada bulan puasa dia akan pergi ke bazar namun pada tahun ini masih belum berkesempatan lagi.

“Hari pertama puasa alhamdulillah syukur dapat berbuka puasa bersama keluarga saya dan pergi solat sunat tarawih bersama. Cuma, yang tidak sempat ialah untuk pergi ke bazar Ramadan, sibuk dengan berlakon memang tak ada peluang lagilah. Pergi ke bazar memang saya rindu sangat, tambah lagi kalau pergi mesti dengan ahli keluarga, jadi rasa meriahlah.

“Fasal makanan dalam bulan puasa ini kalau waktu berbuka lebih kepada yang ringan-ringan saja seperti kuih-muih, waktu sahur nanti baru saya akan ambil yang berat seperti nasi sebab nak jaga diet supaya badan tidak terlalu besar sangat,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pra-tonton kempen Syukur Selalu.
Powered by Blogger.