F Farahdhiya Lantik Pengurus Selepas Nyaris Diperdaya Ejen Pelacuran | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Farahdhiya Lantik Pengurus Selepas Nyaris Diperdaya Ejen Pelacuran

Selepas dikaitkan dengan kejadian nyaris diperdayakan ejen pelacuran Februari lalu, penyanyi dan pelakon Farahdhiya, 32, kini melantik seorang pengurus bagi mengendalikan sebarang urusan kerjayanya.

Memetik laporan mStar online, Farah bagaimanapun berkata, dia masih berhadapan dengan permintaan penganjur yang mahu menemuinya dahulu sebelum menawarkan sesuatu persembahan.

"Selepas kes tersebut saya memang serahkan urusan kepada pengurus, namun dia (pengurus) juga berdepan masalah kerana penganjur ingin melihat saya dulu sebelum buat tawaran.

"Permintaan orang pelik-pelik sehingga pengurus saya juga pening. Jika saya tiada program bolehlah saya datang secara profesional," ujarnya.

Dalam pada itu Farah berkata selepas mendapat tempat kedua pada program Gegar Vaganza 2, Farahdhiya berkata dia kini menumpukan 60 peratus terhadap nyanyian berbanding lakonan.

"Alhamdulillah tawaran mengadakan persembahan semakin banyak selepas program Gegar Vaganza 2 dan nama saya dikenali semula sebagai penyanyi.

"Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengutamakan kerjaya nyanyian terlebih dahulu. Jika ada tawaran berlakon saya terima dengan syarat mengikut jadual nyanyian saya dahulu," ujarnya yang bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Miliku Abadi selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Powered by Blogger.