F Fara Fauzana Cari Dana RM82 juta Untuk Bina Masjid | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fara Fauzana Cari Dana RM82 juta Untuk Bina Masjid

Sejak berhenti daripada kerjaya sebagai penyampai radio selepas 10 tahun berkhidmat, Fara Fauzana (Fafau), 36, memberitahu dia kini menjalani rutin tidak lagi terikat dengan jadual masa yang padat sekaligus berpeluang memperluaskan lagi pengalamannya dalam pelbagai bidang.

“Alhamdulillah, semuanya lebih teratur walaupun ada kalanya sibuk. Apa yang penting, saya ada masa untuk diri sendiri.

“Saya juga berkesempatan melakukan aktiviti-aktiviti yang sebelum ini tidak dapat saya lakukan seperti mengembara bersama kawan-kawan dan menghadiri kuliah agama.

“Masa bersama keluarga pun lebih banyak dan sekarang tidak hanya tertumpu kepada kerja semata-mata,” katanya sepeti yang dipetik dari sumber Media Hiburan.

Selain masih menjalani karier pengacaraan dan menghadiri majlis-majlis seni, Fara Fauzana dilihat lebih aktif melibatkan diri dalam program-program Islamik.

Terbaharu, bekas penyampai radio Hot FM itu dilantik sebagai duta kempen A Tile For Seville yang diwujudkan bagi mengutip dana untuk pembinaan masjid pertama di Sevilla, Sepanyol.

Projek hasil kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ukhwah For Ummah dengan Foundation Mezquita De Sevilla lebih menyasarkan RM82 juta.

“April lalu, saya menyertai lawatan ke Sevilla dan sepanjang berada di sana, saya sendiri melihat perjuangan orang Islam mempertahankan agama.

“Nasib mereka di sana sangat jauh berbeza dengan masyarakat Islam di sini yang sememangnya bebas untuk menjalani kehidupan harian dan beribadah.

“Kemudahan mereka di sana amat terhad sedangkan masyarakat Islam mencecah 25,000. Jika ada pun keadaannya amat menyedihkan dan terlalu banyak halangan untuk mereka mendirikan masjid.

“Atas sebab itu saya memberi sokongan penuh terhadap projek ini dan mengharapkan yang terbaik untuk membantu masyarakat di sana membina rumah Allah,” katanya.
Powered by Blogger.