F Fahrin Ahmad bakal timang anak lelaki | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fahrin Ahmad bakal timang anak lelaki

Jika dikira dengan betul, kandungan isteri kepada pelakon terkenal Fahrin Ahmad, Elena Hani kini sedang hamil 5 bulan dan dijangka bersalin pada bulan Oktober nanti.

Tanpa berahsia, aktor itu dengan senang hati mendedahkan jantina anaknya iaitu seorang bayi lelaki.

Menurut Fahrin sendiri, tiada apa yang perlu dirahsiakan tentang berita gembira itu. Fahrin turut berkata, bagi sesetengah selebriti yang tidak mahu jantina anak mereka diketahui mungkin ada sebab tersendiri dan perlulah kita hormati keputusan mereka.

Menyedari usia Fahrin agak lewat, dia berharap dengan kehadiran anak pertamanya itu dapat menceriakan lagi rumah tangganya.

MH Online percaya, pastinya Fahrin dan pasangan adalah orang yang paling bahagia ketika ini, tambah lagi akan menyambut Aidilfitri kali pertama bersama-sama sebagai suami dan isteri, apatah lagi bakal menimang cahaya mata lelaki.
Powered by Blogger.