F Fahmi Tak Menyesal Tinggalkan Kerjaya Pramugara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fahmi Tak Menyesal Tinggalkan Kerjaya Pramugara

Serius mahu mengukuhkan nama sebagai penyanyi, pendatang baharu Fahmi Esmail rela melepaskan kerjaya tetap sebagai pramugara apabila nekad memilih nyanyian sebagai sumber rezekinya.

Memetik laporan BH online, Fahmi atau nama sebenar Mohd Zulfahmi Esmail, 27, berkata dia tidak menyesal meninggalkan kerjaya di awan biru dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya baharu ini.

"Memang sebelum ini saya menerima pendapatan tetap, namun ia tidak akan pernah cukup. Kali ini, saya belajar pula berjimat disebabkan sekarang situasinya berbeza daripada ketika bekerja tetap.

"Bagi saya setiap perjalanan pasti memerlukan pengorbanan. Jadi, saya sahut cabaran berkenaan dengan penuh semangat," katanya yang mula dikenali menerusi program Mentor Legend.

Pada masa sama, jejaka kelahiran Shah Alam, Selangor itu turut menjalankan perniagaan menjual kurta dan baju Melayu secara kecil-kecilan dengan membuka gerai di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).
Powered by Blogger.