F Ezzaty Abdullah Muhasabah Diri di Kampung Sebelum Bernikah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ezzaty Abdullah Muhasabah Diri di Kampung Sebelum Bernikah

Kurang lebih sebulan saja lagi dia bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya pelakon Azwan Kombos. Selain sibuk membuat persiapan majlis hari bahagiannya itu, pelakon Ezzaty Abdullah, 26, merancang untuk menghabiskan lebih banyak masa di kampungnya, Bentong, Pahang.

Memetik laporan BH online, Ezaty mengambil pendekatan menyendiri dan mendekatkan diri kepada Tuhan agar diri benar-benar bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

"Seperti wanita lain, mereka juga akan mempersiapkan diri agar lebih bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

"Begitu juga dengan saya yang mahu mendekatkan diri pada Allah. Ayah pernah berpesan, biar kita cintakan Allah dulu sebelum mencintai pasangan. Sebab itu saya mahu muhasabah diri dulu.

"Buat masa ini, saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sehinggalah selesai segala urusan perkahwinan," katanya yang juga baru-baru ini melancarkan produk kecantikan jenamanya, Vermillion Essence Mist.

Pada Mac lalu, keluarga Azwan merisik Ezzaty di rumah keluar pelakon wanita itu. Dalam majlis serba ringkas berkenaan, keluarga Azwan turut membawa cincin untuk Ezzaty sebagai tanda.

Mengikut perancangan awal, mereka mahu bernikah pada akhir Disember ini, tetapi ia dipercepatkan iiaitu pada Julai depan atas persetujuan keluarga kedua-dua pihak.
Powered by Blogger.