F Ezad sambut aidilfitri di istana negara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ezad sambut aidilfitri di istana negara

Meskipun keadaan kurang sihat namun penyanyi Ezad Lazim tetap gigih meluangkan waktunya dalam memenuhi undangan program berbuka puasa. Pada Jumaat lalu program iftar RUSA Music bersama media telah diadakan bertempat di Park Royal Hotel, Kuala Lumpur.

Ezad ketika ditemui Kakigosip berkata, memandangkan keadaannya sudah beransur pulih pihak hospital telah melepaskannya. Walau bagaimanapun, pada Ogos depan Ezad perlu menjalani pembedahan sinus.

"Pada awalnya pening lagi tapi saya mahu juga datang ke program hari ini. Alhamdulillah lepas berbuka saya tak apa-apa. Isteri saya pula memang risau. Jadi syukurlah saya ok.

"Fasal kesihatan isteri saya seperti semua orang tahu sebelum ini dia ada mengalami penyakit kanser dan alhamdulillah dia pun sudah sembuh. Namun masih lagi berjaga-jaga dari segi pemakanan" ujarnya sambil tersenyum.

Terdahulu isteri Ezad, Nor Azeana menghidap GIST iaitu sejenis ketumbuhan yang biasa terjadi di saluran gastrousus (saluran usus) yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen.

Di kesempatan waktu itu Kakigosip ada juga bertanya bagaimana dengan persiapan raya pula, maklumlah tinggal lagi beberapa hari saja untuk kita menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.

"Kebiasaannya kalau bulan Ramadan saya memang tak kerja, pun begitu  alhamdulillah rezeki tahun ini nampaknya mencurah-curah. Saya akui rezeki datang sejak saya menyertai program Gegar Vaganza. Jadi persiapan saya sekeluarga agak lewat sedikit, bagaimanapun saya dahulukan anak-anak kerana saya dan Isteri boleh pakai jubah jenama sendiri.

"Raya ini kami akan lebih lama sikit, menariknya kampung kami pun dekat saja. Saya di Alor Setar dan isteri Kulim, Kedah. Pun begitu, hari raya pertama saya akan beraya di Istana Negara kerana ada persembahan khas di sana. Jadi hari kedua raya baru pulang semula ke kampung kami. Tapi sebelum itu pun kami pulang awal tiga hari sebelum raya agar kami dapat berbuka puasa bersama dengan keluarga di kampung," jelas Ezad.

Berkongsi mengenai kariernya pula, Ezad baru saja mengeluarkan single terbaru bertajuk Demi Cinta yang mengisahkan tentang dirinya.

"Demi Cinta menceritakan tentang kesalahan besar yang pernah saya lakukan. Malah ia meluas kepada sesiapa saja. Alhamdulillah baru tiga bulan lagu saya sudah mendapat respon yang baik daripada pendengar di luar sana. Jadi peluang kedua ini saya akan buat yang terbaik," katanya ringkas.
Powered by Blogger.