F Ezad lazim sering muntah selepas berbuka | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ezad lazim sering muntah selepas berbuka

Bermula rasa tidak selesa dengan kondisi tubuh badan, Ezad Lazim tidak menyangka bahawa beliau menghidap jangkitan sinus dan bakal menjalani pembedahan akibat daripada jangkitan tersebut di sebuah hospital Ampang, selepas hari raya depan.

"Saya disahkan ada keradangan di hidung atau dikenali sebagai sinus dan sekarang saya hanya makan ubat dahulu untuk melihat reaksi keradangan tersebut. Sebenarnya, saya baru dapat tahu bulan lalu, saya mengalami jangkitan sinus apabila sering mengalami selsema, sakit kepala dan beringus. Inysa-Allah pada bulan Ogos depan saya akan menjalani pembedahan sinus.

"Buat masa ini saya masih dapat menjalani ibadah puasa seperti biasa, cuma bila lepas berbuka itu saya muntah dan perut dah tak boleh terima makanan lagi. Di fasa ini saya tak teruk lagi, tak adalah sampai pengsan, cuma ada sakit di ulu hati sebab kesan makan ubat. Jadi, bila masuk bulan puasa saya akan skip dari pengambilan ubat," ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Bercerita mengenai rutin bulan puasa pula, bekas vokalis kumpulan Exist memberitahu, Ramadan ini dia lebih gemar meluangkan masa bersama keluarganya dan memenuhi undang berbuka puasa.

"Puasa tahun ini tentulah saya suka waktu berbuka puasa dan sahur bersama keluarga, ada masanya kami sekeluarga juga akan solat tarawih bersama. Berbeza dengan bulan puasa tahun lalu, tahun ini lebih terisi dengan aktiviti berbuka puasa bersama peminat dan anak-anak yatim," terang Ezad yang akan beraya di Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, seperti biasa Ezad dan isteri Nor Azeana Ramli, mereka juga sibuk berniaga di sekitar bazar Ramadan. Antara barangan yang dijual seperti kurta, jubah, tudung, shawl dan minyak wangi.
Powered by Blogger.