F Erra Fazira tidak tolak cinta Shahir | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Erra Fazira tidak tolak cinta Shahir

Jika sebelum ini aktres jelita Erra Fazira menafikan dakwaan kononnya Shahir AF ada merancang mahu meminang dirinya, namun hari ini Erra sudah mengakui bahawa mereka mempunyai hubungan yang istimewa.

Terdahulu dalam satu laporan Erra pernah meluahkan tentang isi hatinya untuk mencari lelaki yang lebih berusia kerana kematangan, walau bagaimanapun Erra sendiri mengakui dia sukar untuk menolak cinta Shahir.

Jelas Erra lagi, tiada apa yang boleh diulaskan lagi kerana mereka masih di peringkat awal, saling mengenali antara satu sama lain.


Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan Yusry KRU pada tahun 2003 dan bercerai pada tahun 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Kemudian, Erra mendirikan rumah tangga kedua kalinya dengan Engku Emran pada tahun 2007, namun rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan bernama Engku Aleesya, yang kini berusia tujuh tahun.
Powered by Blogger.