Berita Terkini
recent

Erra Fazira nafi dakwaan bakal bertunang

Terdahulu, heboh di laman sosial dakwaan kononnya primadona Erra Fazira ada hubungan cinta dengan penyanyi Shahir AF8. Walau bagaimanapun, dakwaan itu tidak benar, namun masih ada juga lagi desas-desus mengatakan Shahir akan menghantar rombongan meminang selepas hari raya depan.

Figura ibu tunggal kepada seorang cahaya mata perempuan itu berkata, hubungan antara dia dan Shahir hanya sekadar rakan artis sahaja dan tidak lebih daripada itu.
 
Tambahnya aktres jelita itu lagi, andai dakwaan itu benar sudah pastinya Erra akan mengetahui perancangan Shahir terlebih dulu.

Almaklumlah bila kedua-dua selebriti masih solo, memang akan ada saja gosip seumpana ini. Mungkin peminat yang lebih teruja jika melihat Erra dan Shahir disatukan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.