F Erma Fatima Bantu Anak Yatim Mangsa Tsunami & Sekitar Kedah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Erma Fatima Bantu Anak Yatim Mangsa Tsunami & Sekitar Kedah


Jika kebiasaannya, para selebriti akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur, namun bagi penerbit, pengarah dan pelakon Erma Fatima berazam untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik dan pelajar tahfiz di sekitar negeri Kedah.

Menyedari trademark Mak Cun menjadi fenomena, Erma Fatima kekal dengan imej tersebut dan akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama barisan pelakon-pelakon Mak Cun untuk mengumpul dana bagi diberikan kepada mereka yang memerlukan.



Majlis akan diadakan pada 24 Jun ini di Sungai Petani Inn (SP Inn), Kedah. Antara barisan artis yang akan hadir seperti Datuk Rahim Razali, Umie Aida, Balkisyh dan beberapa orang lagi.  Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk turut hadir, boleh hubungi SP Inn untuk tempahan.

"Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur pula dan mahu turut menyumbang duit atau apa-apa sahaja seperti pakaian, kelengkapan harian, boleh terus hubungi saya.  Jika anda berada di Kedah, boleh terus ke SP Inn.

"Saya dah rancang majlis ini setelah menyedari bahawa anak-anak yatim, tahfiz dan golongan tidak bernasib baik pun ramai di Kedah serta lebih memerlukan.  Jadi sebab itulah saya ingin membantu mereka yang berada di sana.  Antara anak yatim yang akan diberi bantuan adalah anak-anak yatim dari Kuala Muda tempat berlakunya tsunami dahulu," ujar Erma.

Selain daripada beramah mesra dengan pelakon Mak Cun, Erma juga akan memasak dengan menggunakan produknya sendiri atas nama Mak Cun.

Powered by Blogger.