F Ella Bakal Beraksi di Hard Rock Cafe Tokyo | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ella Bakal Beraksi di Hard Rock Cafe Tokyo

Selepas berjaya dengan penganjuran konsert terbesarnya dalam tempoh 15 tahun pada April lalu, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan pula konsert di Tokyo, Jepun.

Memetik laporan mStar online, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 50, berkata, persembahan istimewa itu akan diadakan di Hard Rock Cafe Tokyo bersempena siri jelajah Hard Rock Tour termasuk di Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar saya akan mengadakan persembahan di Tokyo namun pihak kami masih belum menetapkan sebarang tarikh.

"Berkemungkinan ia akan diadakan pada penghujung atau awal tahun hadapan," katanya

Ella berkata, siri jelajah itu diadakan bersempena pelancaran album terbaharunya yang dijangka berada di pasaran pada November depan.

Perkembangan lain, Ella berkata sepanjang Ramadan ini dia akan lebih banyak menghabiskan masa di studio bagi menyiapkan album berkenaan yang kini sudah 80 peratus siap.
Powered by Blogger.