F Elfaeza Ul Haq Sukarela Cuci Permaidani Surau | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Elfaeza Ul Haq Sukarela Cuci Permaidani Surau

Agak lama tidak muncul dikaca televisyen, Elfaezah Ul Haq memberitahu dia masih berada dalam bidang lakonan cuma sejak kebelakangan ini kurang menerima tawaran berlakon.

Bohonglah kalau dikata dia tidak berasa risau jika tidak mempunyai kerja dan sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup, namun pelakon drama Adam & Hawa ini reda dan percaya akan ada rezeki untuknya.

Sebetulnya, selama setahun ini dia sibuk menjalani penggambaran sebuah drama terbitan stesen televisyen di sana namun dalam tempoh itu ada beberapa kali dia pulang semula ke sini kerana mempunyai kediaman di Kuala Lumpur.

"Saya ada dan masih berlakon. Selama setahun saya sibuk dengan penggambaran di Singapura. Tapi saya balik juga ke sini sebab saya ada rumah di sini, rasa tak elok pula tinggalkan rumah itu kosong lama-lama. Lagipun Malaysia sudah seperti rumah kedua saya dan saya selesa menetap di sini.

"Cuma apabila pulang ke sini, tawaran tu sudah berkurang. Kalau ada tawaran berlakon memang saya mahu berlakon. Iyalah, siapa yang tidak risau kalau tiada kerja kan. Tapi ini mungkin dugaan untuk saya. InsyaAllah rezeki tu ada. Disebabkan saya ada kelapangan, jadi saya banyak habiskan masa di gym," tuturnya memulakan bicara berkongsi mengenai perkembangan dirinya.

Pelakon kelahiran Singapura ini ditemui pada majlis Prebiu Media Syukur Selalu Syawal TV3 & TV9, bertempat di hotel JW Marriot, baru-baru ini.

Pun begitu, menurut pelakon drama Adam & Hawa ini berkata dia banyak menerima tawaran berlakon di Singapua namun dia terpaksa menolak kerana tawaran tersebut kebanyakannya menuntutnya membuka hijab.

"Di Singapura, saya banyak terima tawaran tetapi wataknya kurang sesuai dan ada produksi yang meminta saya membuka tudung. Mungkin kerana produksi di sana kurang peka dengan imej muslimah kerana rata-rata mereka dikalangan kaum bukan muslim. Namun demi menjaga nama baik agama dan maruah, saya rela melepaskan tawaran tersebut," tuturnya

Sementara sepanjang bulan Ramadan ini, disamping menjalani ibadah puasa, masa Elfaezah terisi dengan kerja aktiviti amal dan kempen yang diberi nama 'Toharoh Rumah Allah' iaitu membersihkan permaidani di surau-surau di sekitar Kuala Lumpur.

Berkongsi lanjut mengenai kegiataannya itu, katanya, tercetus idea mahu menjalankan kegiatan tersebut timbul ekoran pengalamannya sebelum ini menjalani penggambaran yang melibatkan babak di surau atau masjid, namun ketika di set lokasi tersebut dia berasa kurang selesa dan was-was untuk mengejarkan ibadah kerana melihat permaidani di surau berkenaan kurang bersih.

Lalu dia terfikir, alangkah eloknya jika dia apa kesempatan membersihkan permaidani tersebut. Kebetulan dia mendapat tahu menerusi laman sosial mengenai sekumpulan sukarela yang menggelarkan mereka sebagai 'The Maher's Cleanz' yang menjalankan aktiviti amal sebegitu lalu dia berminat menyertai mereka.

Setakat ini antara surau dan masjid yang mereka sudah kunjungi seperti masjid terletak di Ara Damansara, surau di Puncak Alam dan dalam kempen seterusnya mereka akan membersihkan permaidani di salah sebuah surau yang terletak di Ampang. Mereka memulakan aktiviti memcuci bermula selepas solat tarawih sehinggalah menjelang Subuh.

"Mulanya kami merancang pergi ke masjid-masjid tetapi memandangkan rata-rata masjid mempunyai peruntukan atau mendapat bantuan kerajaan, jadi kami pilih untuk melakukan kerja ini di surau-surau.

"Bagaimana kami mengerakkan kerja ini? Kami dapatkan kerjasama daripada pihak surau berkenaan, sekirannya mereka mahu kami bersihkan surau mereka, mereka perlu maklumkan pada kami, memberi kami informasi mengenai surau mereka dan kami mengambil kira juga keadaan surau itu samada surau itu sangat-sangat memerlukan bantuan dan seberapa besar permaidani yang hendak dicuci.

"Penat tu memang penat tambahan kumpulan kami bukan lah ramai cuma beberapa orang saja termasuk saya. Mujur kami juga mendapatkan bantuan daripada peduduk ataupun AJK surau tersebut. Sejujurnya saya seronok danikhlas dapat melakukan kerja amal ini dan berharap kami dapat meneruskan aktiviti ini bukan hanya pada bulan Ramadan tapi berlanjutan sampai bila-bila," tuturnya.
Powered by Blogger.