F Elak Terpalit Lagi Kontroversi, Janna Nick Jaga Mulut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Elak Terpalit Lagi Kontroversi, Janna Nick Jaga Mulut





Selepas satu demi satu kontroversi melanda dirinya, menjadikan pelakon Janna Nick kini lebih berhati-hati dalam setiap apa yang dilakukan.

Memetik laporan mStar online, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 21, ini berkata, perkara-perkara negatif yang berlaku itu turut membuka matanya siapakah rakan-rakan yang boleh menjadi kawan atau tidak.

"Kontroversi yang berlaku menjadikan saya insan yang lebih baik, ia banyak mengajar saya untuk berhati-hati dan menyedarkan saya siapa kawan dan siapa musuh.

"Sekarang saya banyak berfikir sebelum bercakap sama ada apa yang saya perkatakan itu disukai atau tidak oleh orang yang mendengar. Tidak semua orang yang sukakan kita," katanya.

Janna sebelum ini dihimpit kontroversi bersikap acuh tidak acuh dengan seorang pengacara berpengalaman, tidak lama selepas itu dia dituduh menghasut seorang pengarah untuk mengugurkan nama pelakon Ruhainies dalam sebuah filem.

Dalam pada itu, ditanya tentang hubungannya dengan Ruhainies, Janna berkata, dia masih belum berkesempatan bertemu dengan pelakon wanita itu pada mana-mana majlis hiburan.

"Kalau dia sudah beritahu kepada media bahawa dia sudah maafkan saya dan saya sudah maafkan dia maka selesailah.

"Setakat ini kami belum pernah bertemu dan tidak tahu apa rasa hati masing-masing," ujarnya.
Powered by Blogger.