F Eina Azman teruja sambut aidilfitri bersama anak kembar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Eina Azman teruja sambut aidilfitri bersama anak kembar

Menjelang tibanya hari raya, pasti ramai yang sudah mula membuat persiapan. Bagi pelakon Datin Paduka Eina Azman, 21, memberitahu, Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan satu kelainan yang begitu istimewa buat dirinya kerana dikurniakan sepasang cahaya mata kembar.

Oleh itu, persiapan rayanya pada tahun ini lebih kepada anak kembarnya, Arianna dan Karl, dengan menyediakan lima pasang baju dan sedondon.

Sementara itu, Eina mengakui menjaga anak tidaklah semudahnya disangka dan adanya pembantu rumah yang menjaga anaknya, hidupnya kini banyak berubah. Pun begitu, itu tidak bermakna Eina melepaskan tanggungjawab sebagai ibu sepenuhnya kepada pembantu rumah.

Untuk rekod, Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet selamat disatukan pada 31 Ogos 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang anak kembar bernama Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini berusia empat bulan.
Powered by Blogger.