F Dynas Mokhtar Ajak Rakan Yang Masih Solo Beraya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dynas Mokhtar Ajak Rakan Yang Masih Solo Beraya

Sedikit berbeza dengan rakan artis lain, empunya nama Dynas Mokhtar, puasa pada tahun ini agak kelam-kabut kerana jadual agak padat. Selain menerima beberapa tempahan daripada klien untuk rekaan koleksi raya, Dynas juga terlibat dengan penggambaran.

"Puasa tahun ini saya merasakan meriah sebab berlakon di lokasi penggambaran saja, tambah pula dapat watak berbeza yang memang mencabar emosi saya sebagai watak ibu. Sebelum ini selalunya watak-watak yang jahat dan pada kali ini watak berat serta banyak bermain dengan emosi, jadi memang kena dengan jiwa saya.

"Selain itu, sibuk dengan design koleksi raya permintaan klien sehinggakan design untuk koleksi sendiri tak siap lagi. Jadi kami dahulukan orang punya. Saya juga bakal lancar dua lagi jenama sendiri untuk kanak-kanak. Jadi pengalaman yang saya belajar hari ini, untuk tahun akan datang saya akan lebih bersedia awal," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi momen menarik mengenai raya pula, Dynas memberitahu, Aidilfitri merupakan masa terbaik untuk meluangkan masa bersama orang tersayang.

"Bila solo dan ada anak-anak masa itu lebih banyak diluangkan dengan hadirkan diri ke rumah-rumah kawan, jadi raya untuk tahun ini tak adalah boring sebab ada kesempatan waktu untuk habiskan masa bersama mereka yang sudah lama tak berjumpa.

"Bagi kawan-kawan saya yang solo saya akan pastikan mereka ikut saya untuk beraya di pagi raya. Saya akan masak untuk mereka, kemudian beraya ke rumah rakan yang lain. Saya nak mereka rasa semangat di hari raya sebab banyak aktiviti yang boleh buat," ujarnya mengakhiri perbualan sambil tersenyum.
Powered by Blogger.