F Dramatis Linda Helmi Meninggal Dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dramatis Linda Helmi Meninggal Dunia


Dramatis popular era 90-an, Linda Helmi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak, kira-kira jam 4.30 petang semalam akibat komplikasi hati.

Allahyarham atau nama sebenarnya Norlida Ahmad, dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu disebabkan penyakitnya. Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-mimpi.

Kerjaya seninya memuncak apabila drama Spektra yang dibintanginya menduduki rating tinggi dan disiarkan beratus-ratus episod di kaca televisyen.

Namanya turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Pendekar, yang disiarkan selama tiga tahun berturut-turut di RTM.

Melengkapkan lagi portfolio, anak kelahiran Kuala Kangsar itu juga pernah merakamkan album bersama kumpulan The Rolling 60's pada tahun 1994. Allahyarham meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu.

Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan akan dikebumikan esok (Rabu).
Powered by Blogger.